suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu Khairy Nafi Khabar Angin Letakan Jawatan

PETALING JAYA: Khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan daripada Kabinet adalah palsu.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Politik Khairy, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, semua khabar angin yang mendakwa bahawa Khairy telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pemuda Umno atau Ahli Parlimen Rembau itu palsu.

"Harap sahabat-sahabat dapat lebih berhati-hati dengan taktik terdesak mereka ini.

"Moga penjelasan ini dapat mematikan fitnah yang sedang menjadi viral," katanya.

Menerusi mesej yang disebarkan itu juga dinyatakan bahawa penyokong Khairy sedang berkumpul di Putrajaya susulan dakwaan perletakkan jawatan itu.

Khairy Jamaluddin, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain