suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang mencari pengaruh dan menarik sokongan rakyat negeri ini untuk menyertai parti itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat kini sudah pandai menilai dan boleh melihat sejauh mana kemampuan pihak pembangkang untuk melakukan sesuatu bagi mereka.

"PPBM sendiri tidak boleh menarik PAS atau DAP, jadi mereka akan cuba mencuri ahli Umno yang kecewa yang sebelum ini pernah kalah sebagai calon sama ada di peringkat cawangan atau negeri," katanya pada majlis penyerahan sumbangan kebajikan MBAS di Taman Wira Mergong di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan BN Kedah sudah membuat persiapan awal dengan bertemu rakyat hingga ke peringkat akar umbi termasuk pengundi di kawasan masing-masing.

"Dalam masa yang sama, saya akan pastikan BN negeri terus memperkemaskan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Pada majlis yang sama, Ahmad Bashah menerima 20 borang menyertai Umno daripada anggota PAS Taman Uda di sini.

PPBM, Ahmad Bashah Md Hanipah

Artikel Sebelum

Banjir Kilat Landa KL

Artikel Berikut

Artikel Lain