suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Naikkan Harga Santan Berdepan Tindakan Tegas

LARUT: Peniaga kelapa yang didapati menaikkan harga santan segar dengan sewenang-wenangnya akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sebarang proses kenaikan harga perlu diberi penilaian sewajarnya tanpa memberi kesan buruk kepada pengguna.

Anggota Parlimen Larut itu bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung Persatuan Anak-Anak Sungai Bayor Selama Perak kali ke-3 dan Pembukaan Madrasah Al-Yamani Cawangan Sungai Bayor di Selama dekat sini.

Beliau diminta mengulas isu kenaikan harga kelapa minggu lalu yang mencecah sehingga RM2.20 sebiji sehingga menyebabkan kenaikan harga santan segar hingga RM9 sekilogram.

Hamzah Zainuddin, Santan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Kilat Landa KL

Artikel Lain