suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Suspek Kes Culik Ditembak Mati Di Perairan Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan dipercayai menembak mati tiga lelaki bersenjata dalam pertempuran semasa penjenayah itu cuba melakukan penculikan di Merabung di Darvel Bay, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlakunya insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata dalam kejadian pukul 9.30 malam Khamis.

"Saya akan beri butiran lengkap kemudian, kita masih mendapatkan maklum balas penuh,'' katanya.

Sumber berkata, seorang anggota keselamatan turut cedera semasa cubaan penculikan oleh kumpulan yang menculik nelayan bagi mendapatkan wang tebusan.

Menurut sumber lagi, tiga penceroboh lain ditahan dalam kejadian itu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain