suria

Pemuda Hilang Sejak Dua Minggu Lalu Ditemui Selamat

Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lepas di Kampung Losong Atap Zin di sini, ditemui selamat Khamis malam.

Mangsa Muhamad Anuar Elias, 34, dijumpai kira-kira 7.45 malam di bawah pokok rengas berhampiran lokasi beliau dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung kira-kira 50 meter dari bangsal yang didiami mangsa sejak lapan tahun lalu.

"Muhamad Anuar dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhamad Anuar yang juga seorang buruh dilaporkan hilang pada 27 November lepas. - Bernama

Artikel Lain