suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Sijil Halal Tak Bermakna Makanan Yang Dijual Haram

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR: Tiada pensijilan halal di sesebuah kedai makan tidak bermakna makanan yang dihidangkan di situ adalah haram, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika menggulung ucapannya mengenai Bajet 2017 berkata orang ramai tidak harus menganggap sesebuah tempat itu menghidangkan makanan haram hanya kerana ia tidak mempunyai persijilan halal.


"Persepsi mereka apabila premis itu tidak mempunyai sijil halal, ia tidak halal.

"Tetapi ia tidak bermakna haram," kata menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, di Parlimen pada Rabu.

Beliau menambah, walaupun pensijilan halal boleh membantu meyakinkan pengguna tentang kebersihan dan kualiti makanan, permohonan untuk pensijilan halal adalah secara sukarela.

"Dunia juga sedang berubah. Terdapat begitu banyak nama untuk makanan di luar sana. Item yang mempunyai nama Melayu mungkin tidak halal, manakala yang berbunyi Inggeris mungkin benar-benar halal," katanya.

Ahli Parlimen Jerai berkata pensijilan itu juga menjadi panduan kepada mereka yang tidak biasa dengan masakan tempatan.

"Ini adalah situasi di mana sijil halal memainkan peranan untuk meningkatkan pemasaran, tetapi sekali lagi ia tidak wajib," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Khoo Ham yang bertanya bagaimana untuk mengubah pemikiran umat Islam yang enggan mengunjungi restoran tanpa sijil halal.

Artikel Berikut

Artikel Lain