Tiada Kebocoran Maklumat Oleh Orang Dalam Esscom - Shahidan

Datuk Seri Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan berlaku kebocoran maklumat oleh 'orang dalam' Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kepada pihak luar berhubung pergerakan pasukan keselamatan.

Beliau bagaimanapun berkata perkongsian maklumat mungkin berlaku melibatkan pendatang asing tanpa izin atau tali barut yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan pengganas yang menyerang Pantai Timur Sabah.

"Tiada kebocoran maklumat melalui orang dalam daripada ESSCom seperti yang diperkatakan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat Rabu.

Isu itu dibangkitkan Datuk Dr Ewon Ebin (BN-Ranau) semasa membahaskan rang undang-undang itu sebelum ini, yang mempersoalkan isu kebocoran maklumat mengenai pergerakan pasukan ESSCom mengawal perairan Pantai Timur Sabah.

Sementara itu, Shahidan menyifatkan sebagai tidak munasabah cadangan membubarkan ESSCom seperti yang diperkatakan Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) kerana dikatakan gagal mengawal perairan Sabah.

Beliau berkata kerajaan berusaha keras memastikan operasi ESSCom berada pada tahap yang baik dalam mengawal perairan Sabah demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

"Tanggungjawab ESSCom adalah untuk memastikan perairan sabah berada dalam keadaan selamat... dan penubuhannya adalah bagi mengekang pencerobohan di Pantai Timur Sabah selepas percubaan pertama di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata kerajaan telah mengeluarkan peruntukan segera bagi menubuhkan pasukan sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tanpa menyatakan jumlah peruntukan itu, beliau berkata pasukan sukarelawan itu akan disertai oleh rakyat bagi membantu pasukan keselamatan.

"Penyertaan rakyat mampu membantu menangani masalah keselamatan kerana kalau kita serah soal keselamatan kepada pihak penguat kuasa tanpa penglibatan rakyat, kita akan hadapi masalah," katanya.

Menjawab dakwaan pertindihan fungsi antara APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga perairan negara, Shahidan berkata isu itu tidak sepatutnya timbul.

Jelasnya, kedua-dua pasukan keselamatan itu menjalankan tugas secara bersama memandangkan kawasan perairan yang cukup luas dengan TLDM menjaga keamanan perairan negara secara keseluruhan manakala APMM melaksanakan penguatkuasaan.

"Misalnya untuk membawa kapal yang ditahan ke jeti untuk rundingan adalah mengambil masa sehingga beberapa jam dan TLDM tidak boleh melakukan semua ini bersendirian, kita perlukan satu agensi untuk penguatkuasaan ini," katanya.

Mengenai Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pula, Shahidan berkata setakat ini kerajaan mendapat kerjasama baik daripada semua kerajaan negeri.
Beliau berkata di Selangor misalnya 52,704 unit diluluskan untuk dibina.

"Bagi saya kita jangan politikkan soal rumah PR1MA ini, apa yang penting kita mahu bina rumah untuk rakyat, jika ia dipolitikkan yang rugi rakyat nanti," katanya.

Terdahulu ketika mencelah, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mahu tahu adakah kerajaan menghadapi masalah atau kekangan membina rumah PR1MA di negeri Selangor.

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain