suria

Jamal Beri Kata Dua Kepada Malaysiakini

PETALING JAYA: Sebahagian daripada bangunan Malaysiakini akan runtuh jika tidak membuat penjelasan mengenai laporan mereka, jelas Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.

"Saya beri anda sehingga tengahari 5 November; jika kami tidak menerima sebarang penjelasan, kami akan berhimpun di sini -20,000 orang- dan pastinya sebahagian daripada bangunan ini akan runtuh," jelas Jamal di pejabat Malaysiakini pada Khamis.

Beliau bertemu dengan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan dan dua editor kanan, RK Anand dan Jimadie Shah Othman.

Pada pertemuan itu, Jamal melahirkan bantahan terhadap Malaysiakini yang menerima bantuan antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Selepas meninggalkan bangunan itu, Jamal berkata, Baju Merah menentang 'ejen-ejen' pengaruh asing dan menamakan Malaysiakini dan Bersih dalam kenyataannya.

"Kami telah muak dengan Bersih 1,2,3, dan 4. Kini, mereka cuba meracunkan fikiran rakyat  untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik," katanya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkumpul di bangunan dengan sejumlah orang melaungkan 'Merah Merah' (merah, merah) dan 'Hancur Soros' (Musnahkan Soros).

Jamal memberitahu Malaysiakini bahawa "anda memperjuangkan kebebasan bersuara, jadi kami mahu melihat sejauh mana kebebasan ini boleh pergi bersuara" ketika mengetuai demonstrasi itu.

Beliau juga mendakwa portal berita itu tidak menyediakan hospitaliti yang sepatutnya ketika melawat pejabat itu.

"Kami telah memaklumkan kepada media (Rabu) mengenai lawatan ini dan anda sepatutnya menyediakan kopi ataupun sesuatu," katanya kepada berita.

Lebih kurang sedozen anggota polis hadir di situ.

Artikel Berikut

Artikel Lain