suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shafie Sedia Kerjasama Dengan Parti Mahu Jatuhkan Kerajaan

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang memberi tumpuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa yang berkongsi matlamat yang sama dengan mereka.

Beliau menjawab soalan mengenai sama ada parti itu telah bersedia menyertai pembangkang apabila PAS telah 'membuka pintu' untuk bergabung semula dengan Pakatan Harapan.


"Itu berita baik, kami sangat terbuka selagi minat mereka untuk menjatuhkan kerajaan, kita akan bekerjasama dengan mereka.

"Tetapi kita perlu melihat beberapa perkara dengan terperinci. Ia bukan mudah dan kita perlu melihat dari segi apa kita dapat bekerjasama dengan mereka.

"Jika mereka 'mesra' kepada Barisan Nasional (BN), amat sukar untuk kita bekerjasama dengan mereka, tapi jika mereka serius dalam perkara ini dan jika mereka benar-benar mahu menjatuhkan kerajaan, mengapa tidak?," katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, walaupun tumpuan diberikan terhadap parti berasaskan Sabah, beliau masih perlu menilai kecenderungan politik sesebuah parti.

"Soal kesungguhan dan komitmen. Sama ada mereka benar-benar mahu bekerjasama dengan BN atau mereka mahu bekerjasama dengan kami sebagai pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Beliau bagaimanapun akan menunggu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara membuat keputusan mengenai kerjasama mereka dengan PAS terlebih dahulu.

Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua parti dalam Pakatan Harapan, selagi tidak ada campur tangan luar dalam hal-hal dalaman parti.

Artikel Lain