suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PPBM, PAS Bakal Bincang Kerjasama - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan perbincangan dengan PAS dalam tempoh terdekat bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas telah menyatakan persetujuannya dan tarikh perjumpaan sudah ditetapkan.

Muhyiddin berkata Pakatan Harapan juga menjemput PPBM untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpinnya dalam tempoh terdekat.

"Kita perlu ada pertemuan untuk membincangkan bentuk kerjasama yang sesuai untuk dijalinkan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat agung khas PPBM untuk memilih anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) di sini Rabu.

Muhyiddin mengumumkan Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir sebagai timbalan presiden dan tiga naib presiden - bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan pengamal undang-undang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ainina Saadudin sebagai Ketua Srikandi dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Ketua Armada.
PPBM, PAS, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Artikel Lain