suria

Banjir Kilat Di Batu Maung, Permatang Damar Laut

GEORGE TOWN: Banjir kilat melanda Batu Maung dan Permatang Damar Laut di sini selepas hujan lebat sejak pukul 2 pagi Selasa.

Sekurang-kurangnya 50 buah rumah telah ditenggelami air,  meletakkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap sedia untuk melakukan pemindahan.

Di Batu Maung, sekurang-kurangnya 20 buah rumah telah dinaiki air sejak jam 3 pagi sehingga mencecah paras satu meter.

Pegawai Operasi JPAM Pulau Pinang Leftenan Muda Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, 10 anggota telah dihantar ke kawasan yang terjejas.

"Kami sedang memantau keadaan dan bersedia untuk melakukan pemindahan jika perlu," kata Muhammad Aizat.

Banjir dipercayai berpunca dari longkang tersumbat akibat kerja-kerja menaiktaraf di projek kediaman di sepanjang kawasan Bayan Lepas-Batu Maung.

Kerja-kerja penarahan bukit untuk projek ini sudah berlarutan untuk beberapa ketika.

Artikel Lain