KPM Kecewa Insiden Campak Ular Ujian Bina Diri APM - Semasa | mStar

KPM Kecewa Insiden Campak Ular Ujian Bina Diri APM

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan kecewa dengan insiden mencampak ular ke dalam kolam bagi ujian bina diri murid oleh jurulatih Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata ia merupakan kes pertama seumpamanya malah tidak sepatutnya berlaku kerana guru pengiring telah memaklumkan kepada jurulatih berkenaan supaya tidak memasukkan haiwan tersebut.

"Walaupun jurulatih APM mengatakan ular itu tidak berbisa namun itu bukan isunya sebab tindakan tersebut boleh menimbulkan trauma kepada murid-murid berkenaan.

"Sebelum ini memang ada latihan dalam air tetapi tidaklah sampai menggunakan haiwan bagi modul tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, di sini pada Selasa.

Kamalanathan diminta mengulas mengenai rakaman video insiden itu yang tersebar luas sehingga menerima kritikan netizen apabila beberapa murid menangis dan menjerit-jerit setelah dicampak ular semasa mereka menjalani ujian tersebut.

Beliau berkata sekolah yang terlibat juga telah diminta menghubungi ibu bapa murid-murid berkenaan bagi memberi penjelasan lanjut mengenai isu itu selain kaunselor sekolah turut diarah mengadakan sesi kaunseling dengan murid-murid terlibat bagi mengelakkan perasaan trauma berpanjangan.

"KPM harap kes berkenaan dapat disiasat secara lebih mendalam oleh APM kerana kita tak mahu insiden sama berulang pada masa depan," katanya.

Rakaman video itu turut memperlihatkan beberapa anggota APM menyiram air dan menyergah murid untuk menguji keberanian mereka.

Sebanyak 45 murid dari sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menyertai modul latihan berkenaan di perkarangan pejabat APM Kuala Kangsar.

Berikutan insiden itu, APM Perak pada Selasa memaklumkan empat jurulatih termasuk pembantu jurulatih yang terlibat dalam modul berkenaan sedang disiasat berhubung tindakan mereka. -Bernama

KPM , APAM , Campak ular

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain