Hina Kematian Haron Din, Jeff Ooi Diminta Serah Diri - Semasa | mStar

Hina Kematian Haron Din, Jeff Ooi Diminta Serah Diri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini tiga lelaki berumur 50 dan 60-an telah ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak kerana menghina agama Islam di Facebook dan Twitter.

"Kesemua mereka ditahan ekoran daripada posting Facebook dan Twitter Anggota Parlimen DAP Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang menyinggung perasaan orang Islam.

"Berikutan itu, beberapa orang pula telah buat tweet-tweet yang sama (menyinggung perasaan orang Islam) di media sosial. Kami sedang menyiasat perkara ini, kami akan panggil dia (Jeff Ooi) tetapi kalau dia mahu senang, saya minta beliau serah diri kepada polis.

"Kalau tidak kami akan cari dia," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan peringkat Bukit Aman di sini Isnin.

Khalid turut menasihatkan ahli politik yang 'bermulut gatal' supaya berhati-hati dalam membuat apa jua percakapan dan posting di laman sosial yang mungkin boleh menyinggung perasaan bangsa dan agama lain.

"Jangan ikut sedap mulut sahaja, fikir dulu 10 kali sebelum buat apa jua posting yang boleh singgung perasaan bangsa dan agama lain. Bila pemimpin masyarakat (seperti) anggota Parlimen membuat komen sedemikian maka pengikut-pengikutnya akan buat benda yang sama tanpa memikirkan perasaan orang lain," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media sosial.

"Kami akan siasat daripada semua aspek termasuk alat peranti yang digunakan mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian di media sosial.

"Beberapa lagi individu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung perkara ini," katanya.

Setakat ini, sembilan laporan polis diterima berhubung kenyataan Ooi itu yang dikeluarkan pada hari sama Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. - BERNAMA

Jeff Ooi , hina Islam , Haron Din

Artikel Berkaitan

Jeff Ooi Dibebas Dengan Jaminan Polis

Ooi Hadir Beri Keterangan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain