suria

Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan terkawal setakat 8 pagi Ahad.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat lain turut lancar.

"Aliran trafik masih lagi terkawal dan PLUS menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara pada tengah hari ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan menghubungi Plusline di 1800-88-0000 atau di Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik.

Bagi mengetahui keadaan trafik di pantai timur, orang ramai boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.


aliran trafik, Plus, LLM

Artikel Sebelum

Artikel Lain