suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Hilang Di Pontian Besar Ditemukan Lemas

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut sewaktu sedang memancing di Kelong Ali, Pontian Besar dekat Pontian, semalam, ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zakaria Abd Rahman berkata mayat Didi Nazrin Mohd Jeffri ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 11.25 pagi Ahad.

Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang berusia 26 tahun ditangguh pada petang semalam, disambung semula awal pagi ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan sukarelawan perikanan.

Dalam kejadian itu, sampan dinaiki mangsa dilaporkan dipukul ribut kuat, lalu menyebabkan dia terjatuh ke dalam laut. - BERNAMA

Lemas

Artikel Sebelum

Beca Tarikan Baharu Ipoh

Artikel Lain