suria

Semangat Kesatupaduan Rakyat Amat Penting - Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara.

Beliau berkata semangat kesatupaduan rakyat juga penting bagi memastikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa dan terus memacu pembangunan dalam semua aspek.

"Tanggal 16 September merupakan tanggal yang penting untuk kita semua. Selamat menyambut Hari Malaysia!" kata Ahmad Zahid melalui video dalam laman Youtube rasmi beliau yang dimuat naik Khamis.


Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan dijadual berlangsung di tapak lapangan terbang lama Bintulu, Sarawak Jumaat.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dijadual menghadiri majlis itu, yang akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga akan menghadiri majlis berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain