suria

Bukan Bom Tangan, Hanya Pemetik Api - KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Tindakan lima sekeluarga warga Syria membeli pemetik api berbentuk replika bom tangan membawa padah apabila mereka ditahan polis di Cameron Highlands, lewat malam tadi.

Pada Khamis, media melaporkan seorang lelaki Syria berusia 30-an bersama keluarganya yang menginap di sebuah hotel di Port Dickson telah tertinggal sebuah beg yang mengandungi objek berkenaan di bawah katil.

Beg berkenaan telah dijumpai salah seorang pekerja hotel berkenaan yang melakukan pemeriksaan rutin di dalam bilik ketika pelanggan membuat pendaftaran keluar sebelum lelaki itu kembali semula untuk mengambil beg itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasminya.

Beliau berkata kesemua pelancong itu ditahan oleh anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman.

Khalid berkata pemetik api tersebut telah dibeli lelaki itu semasa di Port Dickson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain