suria

Fasilitator Malaysia Bagi Rundingan Damai Manila-MILF Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Fasilitator Malaysia dalam rundingan damai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro ( MILF), Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Tengku Ghafar memainkan peranan penting dalam rundingan berterusan antara kerajaan Filipina dan MILF.

Beliau dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai antara kedua-dua pihak dan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah sejak tahun 2001, yang membawa kepada majlis menandatangani rangka kerja perjanjian damai pada Oktober 2012.

Menurut The Philippine Star, ahli-ahli pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) yang diterajui Malaysia mengesahkan bahawa Tengku Ghafar telah meninggal dunia, dan jenazahnya segera dibawa ke Masjid Iklasiah di Bukit Kerinchi untuk solat jenazah.

Penasihat Presiden Filipina mengenai Proses Damai berkata, Tengku Ghafar telah 'memberi cahaya dalam membimbing melaksanakan kerja-kerja pendamaian dengan Bangsamoro'.

"Kami bersedih dengan  pemergian beliau dan kami menghargai sumbangan berharganya bagi meneruskan keamanan di negeri ini. Saya tahu beliau mempunyai tugas untuk diselesaikan dan sekarang ia telah selesai,  beliau meminta cuti secara senyap dan melepasi waktu malam'," kata Dureza .

Dureza berkata, beberapa minggu lalu Tengku Ghafar baharu sahaja mencatat "peristiwa bersejarah" dengan pelancaran fasa pelaksanaan rundingan Bangsamoro yang telah berlarutan selama 17 tahun, dan kecekapan beliau telah mencapai kesimpulan yang berjaya.

"Selamat tinggal kawan saya, Tengku. Legasi anda akan kekal dan terus diingati selamanya," ujar Dureza.

Artikel Lain