suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Salib: Pengetua Mohon Maaf

Gambar hiasan.

SERIAN (Sarawak): Pengetua sebuah sekolah di sini meminta maaf kerana kelemahannya dalam "memilih kata-kata" ketika menegur pelajar yang memakai apa yang beliau rasa sebagai salib besar dengan cara yang tidak sewajarnya.

Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Yunus Apok berkata beliau menegur pengetua itu berhubung perkataan yang digunakannya terhadap pelajar berkenaan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan pengetua itu serta cerita di sebelah pihaknya," kata Yunus, sambil memaklumkan bahawa beliau berjumpa dengan pengetua berkenaan berikutan aduan daripada ibu bapa pelajar terbabit.

"Sebenarnya, beliau tidak menghalang sesiapa pun daripada memakai salib, tetapi ia perlulah dipakai dengan cara sewajarnya," kata pegawai itu.

Yunus berharap penjelasan itu memuaskan hati semua pihak. Dakwaan pengetua berkenaan memarahi pelajar Kristian di sekolah itu kerana memakai salib dan memaksa mereka menanggalkannya, menjadi viral di media sosial. -Bernama

Pengetua mohon maaf, isu salib

Artikel Berikut

Artikel Lain