suria

#AnakAnakMalaysia: Jimmy Choo Bawa Bersama 'Cucu'

KUALA LUMPUR: Pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo membawa bersama tiga 'cucunya' dalam acara jalan kaki #AnakAnakMalaysia 2016.

Namun tiga 'cucunya' itu yang hanya berketinggian 22 inci, bermata besar dan menggayakan fesyen terkini berjaya memukau ribuan peserta yang hadir.

Diberi nama Eiji, Kizuna dan Ivory, ketiga-tiganya merupakan sebahagian daripada anak patung fesyen yang dipanggil Smart Dolls, hasil rekaan anak lelakinya, Danny Choo.

Eiji yang tampil dengan gaya rambut potongan bob bersandar di bahu Jimmy sepanjang acara tersebut.

Ketika ditemui, Jimmy berkata beliau teruja kerana menjadi sebahagian daripada peserta yang memeriahkan acara jalan kaki sejauh 3.4 kilometer itu.

"Ini adalah cara untuk kita membuktikan rasa sayang kepada negara. Hanya apabila kita bersatu, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang lebih kuat dan kukuh," katanya.


#AnakAnakMalaysia, Jimmy Choo

Artikel Lain