Parti Baharu Tun M Tidak Beri Sebarang Kesan - Zamry - Semasa | mStar

Parti Baharu Tun M Tidak Beri Sebarang Kesan - Zamry

AYER TAWAR: Penubuhan sebuah parti baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memberi sebarang kesan kepada Barisan Nasional (BN) terutama semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

Menteri Besar Perak berkata sebaliknya, kewujudan parti baharu itu hanyaakan menaikkan lagi semangat serta perpaduan di kalangan anggota Umno dalam memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

"Dalam tradisi parti kita, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya kita akan perkukuhkan perpaduan di kalangan kita.

"Dari segi kesan kepada BN atau kedudukan politik tanah air hanya satusahaja, ia akan menambah sebuah parti baharu di tanah air kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Adun Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Arena Square pada Sabtu.

Zambry berkata demikian bagi mengulas pengumuman Dr Mahathir pada 14 Julai lepas bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.  -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain