suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kenaikan GST Selepas PRK - Hamzah

Hamzah Zainudin.

SHAH ALAM: Kerajaan menafikan dakwaan pembangkang bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada lapan peratus selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Sabtu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tidak ada perbincangan, cadangan mahupun sebab untuk kerajaan menaikkan kadar GST.

"Saya harap pembangkang berhenti daripada memainkan isu GST dalam kempen PRK ini," katanya semasa sesi dialog bersama warga Karangkraf serta pelancaran'Friends of KPDNKK Bagi Kluster Media' di Kompleks Karangkraf, di sini Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa pihak media untuk memainkan peranan sebagai 'mata' dan telinga' kementerian dalam aspek kepenggunaan.

Katanya, media perlu melaporkan salahlaku peniaga, sekali gus menjadi agen pendidik kepada masyarakat supaya mereka menjadi pengguna yang bijak.

Pada majlis berkenaan, Hamzah turut meluangkan masa berbuka puasa bersama editor kanan agensi media dan kakitangan Kumpulan Media Karangkraf. - Bernama

GST, Hamzah Zainudin

Artikel Sebelum

Artikel Lain