suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Judi Euro 2016: Enam Lelaki Ditahan Di Tiga Negeri

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki yang dikaitkan dengan aktiviti judi bola sepak Euro 2016 dalam serbuan Op Soga 6 di lima negeri pada Selasa.

Kesemua mereka didapati sedang leka mengurus serta membida pertaruhan dalam talian bagi dua perlawanan melibatkan Austria menentang Hungary dan Portugal melawan Iceland dalam serbuan berasingan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata dua lelaki ditahan di ibu negara, tiga lagi di Johor manakala seorang di Pulau Pinang.

Tiada tangkapan dibuat di Sarawak dan Negeri Sembilan. 

"Polis merampas beberapa kelengkapan dipercayai digunakan untuk aktiviti itu seperti modem Wifi, sebuah komputer riba, enam telefon bimbit dan dua keping kertas bookie selain wang tunai berjumlah RM6,720," katanya.

Roslee berkata kegiatan judi menerusi beberapa laman web khas itu dikesan membenarkan pertaruhan dengan limit kredit sehingga mencecah RM162,227 sehari.

Kesemua lelaki itu kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(1) akta sama, masing-masing bagi kesalahan menjadi penganjur dan pemain judi. - BERNAMA

judi, Euro 2016

Artikel Lain