suria

Pembedahan Pergigian Syed Alman Dikendalikan Klinik Swasta - PPUM

Nurulhidayah bersama anaknya Zaheed Alwi di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang pada Khamis. - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Datuk Syed Alman Syed Alwi meninggal dunia akibat komplikasi semasa menjalani pembedahan pergigian di sebuah klinik swasta, kata Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.

Beliau berkata Syed Alman, menantu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menerima rawatan di PPUM dan pembedahan pergigian tersebut tidak dijalankan di PPUM.

Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.

Katanya, Syed Alman, 44, dirujuk ke PPUM pada 1 Jun oleh klinik pergigian susulan komplikasi yang dialami daripada pembedahan di klinik tersebut.

Beliau berkata laporan tidak tepat yang disiarkan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai dan menjejaskan imej PPUM.

Syed Alman, suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan pergigian di sebuah klinik di Bangsar.

Artikel Lain