suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Leong Tarik Balik Peletakan Jawatan

Dr Leong Yong Kong.

GEORGE TOWN: Ahli Exco Kedah, Dr Leong Yong Kong yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud menarik balik keputusannya untuk keluar daripada MCA.

Dr Leong dalam satu kenyataan berkata beliau membuat keputusan untuk kembali kepada MCA selepas melihat komitmen kepimpinan parti itu dan rakan komponen Barisan Nasional yang lain dalam menentang RUU tersebut.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon Bebas mesra BN pada minggu lalu selepas mendakwa parti itu gagal menghentikan usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan RUU tersebut di Parlimen.

"Saya memutuskan untuk menarik balik peletakan jawatan saya daripada parti atas permintaan peringkat akar umbi dan sokongan presiden serta jawatankuasa pusat dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," kata Dr Leong.

Beliau berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyakinkannya bahawa parti itu akan terus menentang RUU tersebut.


Dr Leong Yong Kong, MCA, hudud

Artikel Lain