suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhilitan Rampas Burung Dilindungi Bernilai Lebih RM50,000

Antara burung spesies dilindungi yang berjaya dirampas Perhilitan.

ALOR SETAR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas sembilan ekor burung daripada spesies dilindungi bernilai lebih RM50,000 di Jitra pada Rabu.

Pengarah Perhilitan Kedah, Mohamad Hafid Rohani berkata haiwan tersebut dirampas dari sebuah rumah yang didiami seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Tanjong Pauh, Jitra yang juga dijadikan sebagai bengkel motosikal.

"Serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman media sosial dan risikan serta pengumpulan maklumat selama seminggu.

"Siasatan mendapati lelaki itu menjual haiwan tersebut secara dalam talian," katanya pada Khamis.

Antara burung yang dirampas termasuk Burung Murai Batu, Burung Punai Daun, Burung Lang Sewah (Elanus caeruleus), Burung Daun, Burung Merbah Luris Leher dan Burung Sintar masing-masing seekor dan tiga ekor Burung Ayam-Ayam.

Lelaki itu akan menjual burung tersebut pada harga antara RM2,000 dan RM8,000 setiap seekor kepada pihak yang berminat.

"Kesemua burung itu merupakan spesies tempatan yang boleh diperangkap dari hutan di Kedah," kata Hafid.

burung, Perhilitan, rampasan

Artikel Lain