suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengkorak Manusia Ditemui Di Kampung Getam, Kuala Pilah

SEREMBAN: Satu tengkorak manusia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang menjala ikan di Sungai Muar di Kampung Getam, Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Luqman Abd Rahman berkata tengkorak itu ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat. 

"Bagaimanapun tiada bahagian anggota badan lain ditemui bersama tengkorak itu. Pemeriksaan bersama bomba di kawasan seluas 50 meter turut tidak menemui bahagian anggota badan lain. Tengkorak itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafaruntuk dianalisis bagi mengesan identiti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.  

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk pengesahan," katanya. -Bernama

Tengkorak Manusia, Kuala Pilah

Artikel Sebelum

Artikel Lain