suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tipu Dana KBS: Kontraktor Dibebaskan

PUTRAJAYA: Seorang kontraktor syarikat penganjuran acara, yang direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta, dibebaskan pada Jumaat.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki berusia 34, itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin.

Beliau ditahan reman sejak 26 Mac lepas.

Peguamnya Ridha Abdah Subri memberitahu pemberita bahawa selepas siasatan,  SPRM bersetuju untuk membebaskan anak guamnya, sambil menambah kemungkinan besar dia tidak akan didakwa.

Pada Khamis, Setiausaha Bahagian Kewangan KBS Otman Arsahd, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta, empat tahun lepas. - BERNAMA

kontraktor KBS, SPRM

Artikel Lain