suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR Sahkan Terima Notis Pembubaran DUN Sarawak

Hashim Abdullah.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Speaker Dewan, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada Jumaat.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah berkata pihaknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas selepas pembubaran DUN Sarawak berkuatkuasa iaitu pada 11 April nanti.

Katanya mesyuarat khas itu bagi memutuskan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

"Termasuk tarikh-tarikh penting seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Pada Khamis, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April. - BERNAMA

SPR, pembubaran, DUN Sarawak

Artikel Lain