suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Ambil Keterangan Rafizi Berhubung Laporan Terhadap Arul Kanda

Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung laporan yang dibuatnya terhadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa pecah amanah.

Rafizi hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Menara 238, Jalan Tun Razak pada Jumaat bagi menjawab pertanyaan mengenai laporannya itu.

Dalam laporan itu, Rafizi mendakwa bahawa 1MDB telah menggunakan dana tanpa mendapat kebenaran daripada ahli lembaga pengarahnya.

"Mereka mengambil keterangan saya selama 40 minit. Saya memberi kenyataan penuh, menjawab semua soalan dan saya mengemukakan semua dokumen yang diperlukan.

"Saya yakin bahawa isu ini akan disiasat dengan sewajarnya oleh JSJK," katanya.

Artikel Lain