suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BNM Dapati 1MDB Ada Isu Pentadbiran

KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak bermakna syarikat itu telah melakukan kesalahan jenayah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa bank pusat telah menyiapkan siasatannya sendiri dan mendapati bahawa berlakunya isu-isu pentadbiran dalam 1MDB.

Beliau berkata, 1MDB tidak mematuhi prosedur pentadbiran Bank Negara dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tidak ada sebarang jenayah. BNM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan amaun denda, jadi ia perlu mengemukakan laporannya kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan," katanya ketika menggulung rang undang-undang Akta Perbekalan Tambahan (2015) 2016 kementerian pada Isnin.
1MDB, BNM, Datuk Johari Abdul Ghani

Artikel Lain