suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Rampas Kuasa Speaker, Kata Pandikar Kepada Azalina

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada Datuk Seri Azalina Othman Said supaya "tidak merampas kuasa speaker".

Pandikar Amin berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah bertindak mendahului dan mengambil alih kuasa speaker apabila mengeluarkan kenyataan baahwa perbahasan mengenai isu RM2.6 bilion adalah subjudis.

"Beliau membuat andaian mengenai isu itu dan merampas kuasa speaker.

"Oleh itu jangan ada mana-mana menteri mengulangi perkara ini lagi," katanya pada Khamis.

Tambah beliau, menteri tidak mempunyai kuasa untuk membuat andaian mengenai keputusan speaker.

Beliau berkata demikian berikutan berlakunya 'perang mulut' antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat setelah Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee berkata keputusan sama ada isu RM2.6 bilion boleh dibahaskan atau tidak akan dimaklumkan pada Isnin.

Gagal mengawal keadaan, Pandikar Amin masuk ke Dewan untuk menenangkan keadaan.

Kata beliau, speaker akan menilai soalan secara individu dan akan memberi penjelasan terperinci mengenai isu subjudis minggu depan.

Artikel Lain