suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Shabery Akui Tidak Sedar Berlaku Penyelewengan Dana

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui tidak menyedari berlaku kegiatan penyelewengan dana RM107 juta dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika menerajui kementerian itu pada 2010.

Katanya selaku menteri, beliau tidak berhubung terus dengan peringkat setiausaha bahagian yang merupakan lapisan pertengahan dalam kementerian, sebaliknya selalu berurusan langsung dengan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan ketua-ketua pengarah.

"Selalunya menteri akan menyentuh mengenai dasar dan bagaimana untuk melaksanakannya dan Ketua Setiausaha akan berhubung dengan semua pihak.

"Dalam soal ini, tidak semestinya semua perkara akan diketahui menteri termasuk ketua setiausaha kementerian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Kedaulatan Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, dekat sini, Khamis.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian, berkaitan sindiket penyelewangan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Ahmad Shabery Cheek

Artikel Lain