suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Thailand Paling Ramai Peluk Islam

KANGAR: Rakyat Thailand merupakan golongan paling ramai  memeluk Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis seperti yang didaftarkan setakat akhir tahun lepas.

Pegawai Perkim Perlis, Abd Rahim Abdullah berkata seramai 693 rakyat negara jiran itu iaitu 621 wanita dan 72 lelaki didaftarkan pihaknya daripada 1,572 saudara baru.

"Tahun lepas sahaja seramai 20 wanita dan seorang lelaki rakyat Thailand memeluk Islam," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sejak bila pendaftaran itu dibuat.

Abd Rahim berkata faktor ramai wanita Thailand memeluk Islam adalah kerana berkahwin dengan lelaki tempatan kebanyakannya di Perlis.

Menurut Abd Rahim, kaum Cina yang memeluk Islam menduduki tempat kedua iaitu seramai 19 orang diikuti India (empat), Siam Malaysia (dua), seorang bangsa Eropah dan 16 kaum-kaum lain.

Beliau berkata Perkim Perlis memberi bimbingan asas mengenai Islam khususnya ibadat wajib seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan fardu haji kepada saudara baru itu.

Selain itu, katanya mereka turut dibimbing membaca al-Quran manakala 128 orang diberi bantuan modal tanpa faedah untuk menjalankan perniagaan dan bayaran bulanan dibuat mengikut kemampuan. 

Islam, Perlis, Thailand

Artikel Lain