Malaysia Tidak Akan Minta Maaf Kerana Perangi Pengganas - Najib - Semasa | mStar

Malaysia Tidak Akan Minta Maaf Kerana Perangi Pengganas - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan memohon maaf kerana mengambil setiap langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada sebarang aktiviti keganasan.

Ini termasuk langkah meluluskan beberapa undang-undang seperti Akta Majlis Keselamatan Negara, Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) yang telah dikritik oleh sesetengah pihak kerana kononnya melanggar kebebasan awam.

"Saya tidak akan meminta maaf kerana mengambil setiap langkah untuk memelihara keselamatan...keselamatan semua rakyat Malaysia keutamaan saya.

"Kita tidak akan tunggu perbuatan kejam berlaku sebelum semua langkah yang perlu dilakukan tersedia," katanya kepada perwakilan di Persidangan Antarabangsa Deradicalization dan Menangani Keganasan Melampau 2016 di sini, Isnin.

Najib berkata cara terbaik untuk menegakkan kebebasan awam adalah dengan memastikan keselamatan negara.

"Kita berhak untuk bercakap tentang keseimbangan antara kebebasan awam dan keselamatan negara.

"Tetapi, biarlah saya beritahu anda begini. Tidak ada kebebasan awam di bawah Daesh (nama lain kumpulan militan Negara Islam), dan tidak ada perlindungan terhadap mereka yang melakukan tindakan keganasan," katanya.

Perdana Menteri berkata ancaman IS adalah ketara, sambil menambah bahawa beliau tidak akan membenarkan Malaysia menjadi seperti sesetengah negara-negara yang berada di bawah serangan pengganas tetapi tidak mempunyai undang-undang yang sesuai untuk menangani masalah itu dengan segera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pendidikan Seks Perlu Diperkenalkan Segera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain