suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran Kecil Di Kapal Latihan TLDM

Kapal latihan Teguh Samudera.

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran kecil melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlaku di sebuah limbungan di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak, pada Isnin.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kebakaran kira-kira 9.50 pagi itu tidak melibatkan enjin kapal latihan Teguh Samudera seperti dilaporkan sebelum ini.

"Kebakaran berlaku pada kanvas penutup enjin di bilik jentera utama," katanya dalam kenyataan lewat malam Isnin, mengenai insiden itu yang berlaku di Limbungan Grade One Marine Services Sdn Bhd.

Beliau berkata pihak limbungan akan menyiasat punca kebakaran. - BERNAMA

kebakaran kapal, TLDM

Artikel Lain