suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Rafizi Berulang Kali Salah - 1MDB

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyelar Rafizi Ramli yang berulang kali membuat dakwaan salah dan tidak bertanggungjawab.

Menurut 1MDB, Ahli Parlimen Pandan itu membayangkan bahawa segala dakwaannya benar memandangkan 1MDB hanya berdiam diri.

Ia berkata, jawapan balas tidak diberi kepada Rafizi memandangkan kenyataan yang dikeluarkan bersifat pengulangan yang sama sekali salah dalam pelbagai hal.

"Hakikatnya 1MDB tidak bertindak balas terhadap kenyataan ‘separuh masak’ dan salah, terutama dari seseorang yang mempunyai rekod buruk seperti Rafizi yang berulang kali membuat dakwaan salah dalam pelbagai hal bukan sahaja 1MDB malah perkara yang diketengahkan kepada semua rakyat Malaysia,” kata 1MDB dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rafizi dalam sidang media minggu lalu mendakwa 1MDB melanggar syarat-syarat perjanjian sukuk RM2.4 bilion dengan Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) apabila ia memilih untuk menjual 60 peratus daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia.

Penjualan 60 peratus saham 1MDB untuk sebuah konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Express Corporation Ltd adalah sebahagian daripada rancangan rasionalisasi.

1MDB turut mendakwa mengenai tindakan tidak bertanggungjawab Rafizi dalam membuat tuduhan liar tanpa merujuk kepada fakta-fakta, sambil menambah ia akan terus memberi tumpuan dalam melaksanakan baki pelan rasionalisasi itu.

1MDB, Rafizi Ramli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain