suria

KL Selamat - Polis

Tajudin Md Isa.

KUALA LUMPUR:  Orang ramai dinasihatkan untuk meneruskan aktiviti harian mereka walaupun timbul dakwaan beberapa lokasi di ibu negara menjadi 'sasaran' kumpulan pengganas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai dan pelancong di ibu negara berada dalam keadaan terkawal.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa lokasi 'hotspot' pelancong antara sasaran kumpulan pengganas, Tajudin berkata:"Kami tidak pasti dimana Datuk Seri Adnan mendapat maklumat tersebut tetapi sepanjang pengetahun kami, kawalan keselamatan di semua tempat awam dipertingkatkan.

Malah beliau berkata pihaknya dalam keadaan bersiap sedia untuk memantau aktiviti yang mencurigakan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Terdahulu, Tengku Adnan dilaporkan berkata kawasan tumpuan pelancong seperti Bangsar, Publika dan Bukit Bintang antara lokasi yang dikenal pasti sebagai sasaran kumpulan pengganas.

Katanya, pihak berkuasa menyedari ancaman tersebut dan berada dalam kesiapsiagaan tertinggi untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Adnan berkata agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan diarah meningkatkan kawalan keselamatan di tempat tumpuan awam dan pelancong di Wilayah Persekutuan.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain