suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Lori Maut Bertembung Dengan Treler

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya itu terbabas lalu bertembung sebuah treler di Kilometer 5, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di sini, kira-kira 6.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Mohd Rizal Piswan, 23.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori membawa kiub ais dalam perjalanan dari Kuala Ketil ke Sungai Petani itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah treler sarat muatan tayar yang diletakkan di tepi jalan," katanya.

Md Zukir berkata mangsa yang tersepit itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan pinggang.

Katanya mayat Mohd Rizal dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

Polis, Sungai Petani

Artikel Lain