suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saksi Kemalangan Lori Hantu Diminta Tampil Beri Maklumat - Polis

Kemalangan melibatkan lori hantu yang mengakibatkan dua pelajar maut di depan sekolah mereka di Bandar Damai Perdana, Kajang.

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori hantu di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang, sehingga mengorbankan dua pelajar sekolah itu kelmarin  tampil memberikan maklumat.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi yang ditemukan di lokasi namun masih memerlukan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

Khamis lepas, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.

Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.

Sementara itu, pemandu lori warga Indonesia yang terlibat telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain