suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi VIP Upah Pengiring Palsu Adalah Dari Zimbabwe, China

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Polis menafikan laporan bahawa orang kenamaan yang terlibat dalam pengambilan dua anggota polis trafik palsu sebagai 'pengiring' adalah dari Zimbabwe atau China.

Timbalan Penguasa Polis Trafik, Kuala Lumpur, S. Markandan berkata, setakat ini tiada bukti berhubung kerakyatan VIP yang mengupah pengiring palsu berkenaan.

"Tolong jangan membuat dakwaan seperti ini kerana ia tidak benar," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini dua lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, di Jalan Bukit Bintang di sini.

Kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota polis trafik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain