suria

Hisham: Dua Pejuang Berani Mati IS Sah Rakyat Malaysia

SUBANG: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa kedua-dua pengebom berani mati yang terlibat dalam serangan di Syria dan Iraq yang meragut lebih daripada 30 nyawa adalah rakyat Malaysia.

Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa bahawa polis sedang menunggu pengesahan rasmi mengenai kewarganegaraan penyerang itu.

Menteri Pertahanan itu berkata, perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Sebelum ini ada juga maklumat bahawa rakyat Malaysia terlibat...jadi keseluruhannya ialah seramai tiga rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Subang pada Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain