Mahkamah Tolak Permohonan Iszuree Berkaitan Pemecatan Dalam MPPP - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Permohonan Iszuree Berkaitan Pemecatan Dalam MPPP

Iszuree Ibrahim (tengah) bersama penyokong-penyokongnya selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rabu, menolak permohonannya untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung pemecatannya daripada semua MPPP dan pembekuan ke atas peruntukannya. Foto: Bernama

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang  menolak permohonan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Iszuree Ibrahim untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memecatnya daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pembekuan peruntukannya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata mengikut Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan mana-mana pihak berkuasa tempatan mempunyai hak dan budi bicara untuk melantik dan melucutkan ahli majlis.

Ketika menolak semakan kehakiman yang difailkan Iszuree, Collin berkata perlucutan yang dibuat terhadap Iszuree adalah sah kerana menurut akta tersebut (Akta  Kerajaan Tempatan), seseorang ahli majlis tidak mempunyai hak untuk didengar sebelum jawatannya dilucutkan.

Mahkamah turut memerintahkan Iszuree membayar kos RM5,000 kepada MPPP yang kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan juga RM2,500 masing -masing kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Pada 14 November tahun lepas, Iszuree memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden pertama, MBPP sebagai responden kedua dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai responden ketiga.

Beliau memfailkan permohonan itu untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 26 Sept 2014 dan keputusan responden pertama yang dibuat pada 25 September 2014 yang memutuskan Iszuree dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua dan pembekuan semua peruntukannya.   

Beliau juga memohon kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 29 Sept 2014 dan keputusan responden pertama yang dibuat pada 25 Sept 2014 yang memutuskan beliau dikeluarkan daripada semua jawatankuasatetap responden kedua, mesyuarat ad-hoc dan pembekuan peruntukan secara serta-merta.   

Tuntutan lain yang dibuat ialah sekiranya mahkamah menerima kedua-dua permohonan itu, Iszuree juga memohon perintah sementara untuk menggantung keputusan responden pertama yang disampaikan kepadanya melalui surat responden kedua bertarikh 26 Sept dan 29 Sept 2014 sehingga usul substantif didengar.   

Beliau juga memohon responden pertama, kedua dan ketiga membayar ganti rugikepadanya seperti yang ditaksirkan oleh mahkamah kelak dan kos permohonan sampingan ditanggung dan dibayar oleh ketiga-tiga responden dalam apa keadaan sekalipun.

Iszuree diwakili peguam Mohd Haris Abdullah manakala peguam RSN Rayer mewakili Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan negeri Pulau Pinang serta peguam Dominic Pillai mewakili MBPP. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain