suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Perlu Gugur Agenda Hudud Sebelum Sertai BN - Tiong Lai

Liow Tiong Lai.

PETALING JAYA: Perkara berhubung PAS dibenarkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) perlu dibawa ke mesyuarat bersama semua parti komponen, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Anda tahu pendirian MCA. Kita sudah pasti membantahnya semasa mesyuarat itu - melainkan mereka menggugurkan agenda hudud," kata presiden MCA pada satu forum 'Meningkatkan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Melalui Malaysia' pada Selasa.

Tiong Lai berkata demikian sebagai merujuk Umno yang ketika ini sedang bekerjasama dengan PAS dalam mempromosikan pendidikan Islam sederhana, sambil menambah bahawa MCA tidak akan campur tangan dengan hal dalaman pentadbiran parti itu.

"Jika mereka (PAS) mahu masuk Barisan, ia merupakan hal lain. Kita tidak sepatutnya mencampurkan dua isu ini," katanya.

Mengakui bahawa MCA "berwaspada" selepas menerima berita mengenai kolaborasi antara Umno dan PAS, Tiong Lai berkata, ia akan terus memantau "perkembangan lanjut".

Terdahulu dilaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 minggu lalu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.


MCA, Liow Tiong Lai, PAS, hudud

Artikel Sebelum

Artikel Lain