suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Kesal Malaysiakini Kitar Semula Dakwaan

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tindakan Malaysiakini menyiarkan laporan tertentu, walaupun perkara yang diperkatakannya itu, tidak lebih daripada dakwaan yang dikitar semula.

Merujuk kepada siri artikel baru-baru ini yang ditulis KiniBiz tentang 1MDB, syarikat itu berkata, jelas sekali cubaan jahat secara berterusan ini dibuat untuk menggagalkan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

"Kami tetap berpegang teguh dan fokus terhadap objektif kami, yang kejayaannya kini dapat dilihat dengan jelas melalui lembaran terma ikatan dengan IPIC (International Petroleum Investment Company), Perjanjian Jual Beli Saham yang dibuat dengan CGN Group (China General Nuclear Power Corporation) dan pemilihan rakan pembangunan Bandar Malaysia yang akan diumumkan tidak lama lagi," kata syarikat itu dalam kenyataan di sini Rabu.

Menurut kenyataan itu, 1MDB telah berulang kali menjawab dan menafikan dakwaan tidak betul itu, bukan sahaja melalui kenyataan akhbar, tetapi juga melalui wawancara, pembentangan dan sesi soal jawab terbuka.

Katanya, 1MDB juga memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadapnya, termasuk berkongsi maklumat terperinci dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang bersifat dwipartisan. - BERNAMA

1MDB, Malaysiakini

Artikel Lain