suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ku Nan Tolak Spekulasi Motif Mesyuarat MT Umno Diawalkan

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Mansor menolak spekulasi berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual Selasa ini (24 November), sambil menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara.

"Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember nanti," katanya kepada media selepas Program Berkhatan Perdana Wilayah Persektuan di sini, Ahad.

Mengenai kertas siasatan oleh Lembaga Disiplin berhubung beberapa pemimpin parti, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata siasatan masih berjalan dan apabila siap, laporannya akan diserah kepada MT untuk membuat keputusan.

"Terserah kepada MT untuk mengambil tindakan atau tidak... ia hanya khabar angin," katanya.

Artikel Berikut

Polis Siasat Pengarah Now

Artikel Lain