suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Terbabas, Enam Cedera

Gambar hiasan

SUNGAI BULOH: Enam penumpang bas persiaran, termasuk empat wanita, cedera ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di km421.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, di sini malam Sabtu.

Penolong Pengarah Bombadan Penyelamat Selangor MohdSani Harulberkata dalam kejadian pukul 8.33 malam, bas tersebut yang dinaiki 43 orang sedang dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Pulau Pinang.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, M. Rameswaran, 29, juruteknik Kilang Western Digital di Pulau Pinang yang cedera dalam kemalangan itu, berkata mereka berlepas pulang ke Pulau Pinang pada pukul 6.30 petang selepas melawat kilang di Melaka.

"Semasa kejadian, saya sedang bermain telefon bimbit dan terkejut apabila tiba-tiba bas bergoncang kuat lalu terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu," katanya.

Katanya difahamkan, sebuah kereta yang berada di laluan kiri bas itu secara tiba-tiba mengubah haluan ke tengah lebuh raya, menyebabkan pemandu bas terpaksa membrek dengan mengejut lalu mengakibatkan kenderaan itu terbabas di kiri jalan.

Sungai Buloh

Artikel Lain