suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Obama Tiba Di Malaysia Bagi Sidang Kemuncak Berkaitan ASEAN

Barack Obama.

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia bagi sidang-sidang kemuncak berkaitan ASEAN bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang dihoskan Malaysia selaku pengerusi ASEAN 2015.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang yang terletak di luar kawasan Kuala Lumpur, pada kira-kira 3.20 petang.

Pemimpin Amerika Syarikat itu dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di sini petang Jumaat.

Presiden itu akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-3 serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10.

Obama pernah mengadakan lawatan negara tiga hari di Malaysia pada April 2014.

Barack Obama, ASEAN

Artikel Lain