suria

Vape Belum Tentu Selamat- MP PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa penguatkuasa yang lebih ketat terhadap penggunaan vape yang semakin popular kerana ia memberi kesan kepada orang ramai.

Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) memberitahu pemberita di Parlimen bahawa vape adalah ciptaan sia-sia yang mempunyai potensi tinggi menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Sudah tentu jika anda membandingkan ia dengan merokok, kesan sampingannya tidak begitu teruk tetapi ia masih bukan penyelesaian yang jelas terbukti (untuk berhenti merokok).

"Kita tidak mahu orang ramai membuat pilihan untuk satu atau yang lain, kita harus mengurangkan, jadi kita menuntut pihak berkuasa dan kerajaan meningkatkan usaha untuk memperketatkan lagi peraturan terhadap rokok dan vape," katanya.

Azman menegaskan bahawa jualan dan rokok serta vape perlu dipantau dengan teliti.

"Mungkin ada keperluan untuk meminda beberapa undang-undang, kita perlu berusaha untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat," katanya.

Datuk Mohd Idris Jusi (PKR- Batu Pahat) memberi amaran mengenai bahaya vape kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.

"Ia bahaya untuk wanita hamil dan janin mereka, begitu juga kepada orang ramai," katanya.

vaping

Artikel Lain