suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SRC International: SPRM Ambil Keterangan Nik Faisal Ariff Kamil

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd (SRC) Nik Faisal Ariff Kamil berkaitan isu syarikat itu dan dana politik RM2.6 bilion.

"Berkenaan dengan dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM, pihak terbabit telah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan dua perenggan di sini, Khamis.

Justeru itu, katanya SPRM tidak memerlukan bantuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Interpol untuk akses kepada mereka.

Pada 22 Ogos lepas, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dilaporkan berkata suruhanjaya itu memerlukan Nik Faisal dan dua lagi individu iaitu Pengarah SRC Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan Low Taek Jho juga dikenali sebagai Jho Low untuk tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan berkaitan syarikat itu.

SRC ialah bekas anak syarikat milik firma pembangunan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. -- Bernama


Artikel Lain